Mengancamnya Ziana Zain


Sepanjang Ramadan ini, Diva memang tidak menang tangan memenuhi undangan berbuka puasa dan juga sesi fotografi artis. Kadangkala perasaan berbelah bahagi mula timbul apabila tarikh jemputan berbuka mahupun sesi fotografi bertembung dengan jemputan lain. Diva harap tiada yang terasa hati kalau ada jemputan yang terpaksa ditolak.

Bercerita mengenai jemputan sesi fotografi, baru-baru ini, Diva berkesempatan bertemu dengan rakan lama, Mila yang kini bertindak sebagai pembantu peribadi kepada artis. Sedang artisnya disolek, Mila berkongsi gambar terbaharu penyanyi hebat, Ziana Zain yang kelihatan cantik menawan persis artis Hollywood, Jennifer Lopez.

Terkesima juga Diva lihat wajah Ziana yang kini masih dalam proses penceraian dengan suaminya itu. Memang muda dan menawan. Rupa-rupanya, Mila terjumpa gambar berkenaan selepas Ziana berkongsikannya di laman Instagram.

Apa yang Diva tahu, selepas perkongsian itu, Ziana dihujani hampir 1,000 komen yang memuji wajahnya. Rupa-rupanya, gambar berkenaan diambil ketika Ziana menjalani sesi fotografi dengan sebuah majalah popular.

Sempat juga Diva melirik pada gambar-gambar Ziana yang lain. Maka, Diva terperasan satu video yang dikongsikan Ziana ketika sesi fotografi sama.





Cuma, video berkenaan dikritik segelintir netizen yang beranggapan ibu kepada empat cahaya mata itu tidak sesuai mengenakan pakaian sebegitu.

Antara komen-komen netizen yang Diva sempat baca termasuklah meminta penyanyi lagu Madah Berhelah itu supaya berhati-hati dalam memilih baju waima ia ditaja untuk sesi fotografi sekalipun.

Namun begitu, ada juga netizen yang menyukai imej Ziana itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post