Elaine bersama suami dan anak kedua mereka
Pelakon, pengacara dan model, Elaine Daly selamat menimang cahaya mata perempuan kedua, petang tadi.
Menerusi akaun Instagramnya, Elaine turut berkongsi nama dan gambar anaknya.
"We are over the moon to announce the birth of our second daughter Mia Alice Boden," tulisnya.
Elaine berkahwin dengan seorang doktor berasal dari Afrika Selatan iaitu Nick Borden pada 4 Disember 2014.
Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan bernama Eva Jean Boden yang kini berusia tiga tahun.
Tahniah diucapkan kepada Elaine dan suaminya.