Fazura awak cantik berhijab


Sejak dua hari lalu, pelakon cantik, Nur Fazura menarik perhatian para pengikut di laman Instagram apabila memuat naik gambarnya yang kini sudah bertudung.

Biarpun tidak membuat kenyataan rasmi adakah itu imej terbaharunya, namun rata-rata pengikutnya di media sosial meluahkan rasa teruja dengan penampilan terbaru isteri kepada bintang popular, Fattah Amin itu.

Malah kebanyakan mereka turut mendoakan Fazura terus istiqamah dengan penampilannya itu.

"Fazura awak cantik berhijab. Harap teruskan berhijab. Amin.

"Cantiknya kak Fazura pakai tudung. Sejuk mata memandang," antara komen yang ditinggalkan di ruangan komen pelakon Janji Zehan ini.





Dalam pada itu, bintang berusia 35 tahun ini sempat berkongsi perjalanan hari pertama Ramadan tahun ini.

Menurut Fazura, dia sempat bersahur bersama suaminya, namun tidak dapat berbuka bersama pada tahun pertama mereka berpuasa sebagai suami isteri.

"Hari pertama puasa dan saya terbang ke Singapura bagi menghadiri mesyuarat dan gathering bersama peminat Trudolly.

"Bersyukur dapat meluangkan sahur pertama dengan suami, tapi sedihnya kami tidak dapat berbuka bersama pada Iftar pertama," tulisnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post