Kalau vokalis lelaki digilai peminat fanatik wanita, itu kisah biasa yang selalu Diva dengar sejak sekian lama.
Cuma, meremang juga bulu tengkuk Diva apabila mendengar cerita vokalis band Floor88, Ayie Elham sering kali diganggu peminat-peminat fanatik sejantina.
Apa yang Diva dengar cerita, perkara ini sudah lama berlaku sejak band bergenre experimental rock itu memikat khalayak menerusi single pertama mereka, Zalikha sebelum ini.
Gangguan yang macam mana, nak tulis pun Diva naik segan. Cuma apa yang Diva tahu, Ayie terpaksa menukar nombor telefon peribadinya sebanyak beberapa kali disebabkan gangguan peminat fanatik terbabit.
Mungkin ada yang sekadar mahu bergurau, namun Diva tidak anggap ia sesuatu yang kelakar. Kasihan Ayie dibuatnya.
Diva harap Ayie dapat bersabar dan sekat saja nombor atau mesej peribadi yang bukan-bukan dan melampau. Jika masih ada yang bertindak keterlaluan, jangan lupa dapatkan bantuan rakan-rakan band Floor88 yang bertubuh sasa seperti Eric Fuzi, Falique dan Achoi untuk memberikan amaran lisan terhadap peminat lelaki berkenaan okey!
Tahniah Sharnaaz Ahmad dan isteri yang dikatakan bakal menimang anak lelaki tidak lama lagi.