Penyanyi dan komposer, Asfan Shah mengakui yang dia gilakan barangan jenama Supreme.
Asfan atau Norasfan Shah Shah Rudin, 33, memberitahu dia baru sahaja membeli payung berharga RM550.
Selain itu, Asfan juga telah membeli kaktus kecil yang berharga antara RM200 ke RM350.
Menurut Asfan, hobi mengumpul barangan Supreme ini bermula sejak tahun lalu.
"Banyak lagi yang belum dapat dikumpulkan antaranya helmet, hammer, cutter bolt dan lain-lain.
"Ada yang saya beli sendiri, ada juga yang ditempah dari New York.
“Dari London pun ada sebab kebetulan kawan menetap di sana jadi dia yang tolong belikan," katanya kepada Sinar Harian.
Tambah Asfan, dia tidak meletakkan bajet tertentu setiap bulan untuk membeli barangan jenama ini.
"Dalam sebulan tak pasti berapa yang dihabiskan tapi kena pandai mencari dan tempat nak beli, sebab harga pun tidak menentu," kongsinya.