Aliff Aziz tidurkan anak dengan surah Ar Rahman


Pelantun lagu popular menerusi lagu Sayang Sayang, Aliff Aziz mendapat perhatian netizen ketika hendak menidurkan anaknya.

Bapa berusia 27 tahun ini membacakan surah Ar Rahman kepada anaknya Ayden dengan cukup merdu dan berhati-hati dalam menjaga tajwid dan makhrajnya.

Video tersebut dimuat naik di akaun Instagram milik isterinya, Bella Astillah, 24, pada malam tadi.

"Ayden's fav surah. Thank you daddy tidurkan Ayden malam ini sebab habis penggambaran awal," kata Bella.

Sementara itu, di ruang komen video tersebut, rata-rata peminat pasangan ini dihujani dengan ucapan dan doa yang baik-baik serta memuji kemerduan suara Aliff.



"Subhanallah, baik pembentukan akhlak. Sentiasa melihat dan mendengar yang baik-baik. Semoga Ayden (anak pasangan) menjadi anak yang soleh dan membawa ibu bapa ke syurga. Amin," komen Azilah.

"MashaAllah, saya doakan semoga Ayden menjadi penghafaz alQuran supaya dapat memimpin ibu bapa masuk ke syurga bersama, amin Ya Rabb," tulis Nur Hanissah.





"Respek. Semoga ikatan kekeluargaan Aliff dan isteri, Bella serta anak dirahmati Allah swt," tulis Izzu.

"Sedapnya suara dia mengaji. Sebagus suara dia menyanyi. Terbaik Aliff," komen Norita.

Aliff Aziz dan Bella Astillah berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Ayden Adrean.

Jika dikira dengan betul, Ayden kini berusia sepuluh bulan.

Post a Comment

Previous Post Next Post