Janna Nick Melodi memang kekalkan konsep makcik bawang


Awal tahun ini program Melodi telah pun memilih pelakon Janna Nick dan pelawak Ajak Shiro menggantikan Awal Ashaari dan AG.

Memasuki bulan kelima, Janna Nick, 22, berkata dia berasa lega kerana peminat dan penonton sudah boleh menerima caranya mengendalikan program tersebut meskipun, akuinya pernah takut untuk bersuara.

"Alhamdulillah peminat dan penonton Melodi pun sudah boleh menerima cara pengacaraan saya.

"Sebab saya baru nak faham konsep rancangan Melodi bagaimana, sebelum ini takut nak bersuara. Bimbang kalau-kalau ada yang marah dan terasa hati.

"Rupanya rancangan ini memang kena kekalkan konsep 'makcik bawang'dan saya kena jugalah jadi bawang," katanya.

Sebagai hos baharu program di TV3 itu, Nurul Jannah binti Muner atau lebih mesra disapa Janna Nick, mengambil pendekatan lebih proaktif dengan banyakan membaca bahan hiburan setiap hari sebelum beraksi setiap hari Ahad.





"Rutin saya setiap hari akan selak akhbar dan skrol media sosial untuk mencari bahan hiburan dan mengikuti perkembangan rakan artis dan isu-isu semasa.

"Jadi saya berterima kasih kepada rakan wartawan, tanpa mereka saya takkan ada info untuk bercakap ketika mengacarakan Melodi," katanya mengakhiri perbualan.

Minggu awal Melodi bersiaran anak kelahiran Sungai Petani ini pernah dikecam netizen yang menganggap pengacaraannya agak kayu.

Memasuki minggu kedua bulan Mac pula, sekali lagi Janna Nick dikecam netizen kerana memakai seluar sendat.

Post a Comment

Previous Post Next Post