Zara Zya Usia bukan halangan soal hati


Pelakon Zara Zya, 33, mengakui memang kini menjalin hubungan cinta dengan pelakon meningkat naik, Hafreez Adam, 28.

Zara berkata dia berani membuat pengakuan itu selepas perkara berkenaan keluar daripada mulut Hafreez Adam sendiri.

"Kami sudah kenal lama tapi makin rapat sejak berlakon drama MonaLisa sebanyak 80 episod untuk Astro Prima terbitan Radius One Sdn Bhd.

"Kiranya hubungan rapat ini baru terjalin beberapa bulan saja. Malah, bila Hafreez sendiri mengaku, takkan saya menafikan pula.

"Apatah lagi, saya selesa menjalin hubungan dengan Hafreez kerana dia bersikap matang, baik, manis dan bila bercakap pun elok," katanya.

Menurut Zara atau nama sebenar Zainurul Razia Mohd Zainuddin dia juga tidak melihat perbezaan usia sebagai halangan.

Katanya apa yang pasti hubungan cinta kami terjalin secara semula jadi. Semoga apa yang terbina ini berkekalan.





"Saya harap doakan yang baik-baik saja buat kami. Apapun, saya harap peminat terus menyokong karier seni kami," katanya.

Zara pernah mencipta kejutan dalam lakonan menerusi drama Love You Mr Arrogant pada 2013.

Kini, Zara juga baru muncul dengan single pertama taruhannya berjudul Tiada Dendam ciptaan bersama komposer Lieynur Liey dan Fauzi Aisunam dan liriknya ditulis oleh Iman Imran.

Post a Comment

Previous Post Next Post