Suami Nora Danish tunai janji


Bukan sekadar cakap kosong, Nedim Nadzim yang juga merupakan suami kepada pelakon Nora Danish menunaikan janjinya untuk menanggung kos rawatan seorang bayi yang menghidap ekzema kronik.

Hari ini, usahawan terkenal itu telah membawa bayi tersebut menjalani pemeriksaan dan sekali gus mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta.

Bapa bayi tersebut, Danial Rayyan, berkongsi berita gembira itu menerusi laman Facebook miliknya dengan memuat naik gambar sekeping gambar keluarganya bersama Nedim.

“Terima kasih Boss Nedim dan Nora Danish sebab sudi bantu kami. Semoga Allah luaskan rezeki kamu sekeluarga,” tulis Danial sebagai kapsyen pada gambar tesebut.

Perkongsian tersebut ternyata menarik perhatian ramai pengikutnya di laman tersebut. Rata-ratanya mendoakan yang terbaik buat bayi tersebut selain memuji keprihatinan dan sikap pemurah Nedim yang sudi menghulurkan bantuan.





Terdahulu sebelum itu, Nedim menyuarakan hasratnya untuk membantu menanggung kos rawatan bayi tersebut sebaik sahaja mendapat tahu tentang penderitaan yang dilalui anak kecil itu.

Tidak hanya kos rawatan, tetapi Nedim juga bermurah hati untuk menampung perberlanjaan hotel dan pengangkutan kedua ibu bapa bayi tersebut sepanjang berada di Kuala Lumpur.

Atas bantuan orang ramai, Nedim berjaya menghubungi kedua ibu bapa bayi terbabit dan menyalurkan bantuan yang dijanjikan.

Post a Comment

Previous Post Next Post