Siti Sarah, Alina bukan cuba raih simpati


Penyanyi Siti Sarah bersimpati dengan nasib menimpa protegenya, Alina yang diminta keluar dari rumah didiami sekarang selepas tuan rumah ingin mengambil semula rumah berkenaan.

Siti Sarah atau nama sebenarnya, Siti Sarah Raisuddin, 33, ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi terkejut mendapat tahu berita protegenya untuk program realiti Mentor Otai itu sekarang tiada tempat tinggal tetap.

“Sejujurnya, saya baru tahu mengenai perkara ini semalam kerana sepanjang bersama Alina, dia tidak pernah menceritakan tentang masalah tersebut.

“Saya perasaan tumpuannya agak sedikit terganggu dalam pertandingan namun telah anggap hal itu perkara biasa apabila bertanding program nyanyian. Dia banyak menghabiskan masa menjalani latihan vokal di rumah saya sejak pertandingan bermula,” kata pelantun lagu Kesetiaan itu.

Bagaimanapun, menurut Sarah, dia tidak mahu tumpuan Alina terus terganggu sehingga ada menyifatkan anak didiknya itu sengaja mencari publisiti semata-mata ingin meraih simpati daripada orang ramai.

“Susah saya ingin cakap kerana tidak mahu orang fikir isu ini sengaja ditimbulkan untuk dia mudah menang Mentor Otai. Tapi inilah realitinya dan andai, dia memerlukan pertolongan, saya sentiasa bersedia.

“Hari ini kita tolong orang, esok lusa waktu kita susah mungkin orang itu akan membantu kita pula. Sepanjang program Mentor Otai ini berlangsung, dia boleh tinggal di rumah saya dan sedia mendengar permasalahannya,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, pihaknya akan membantu sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah Alina.

“Dia (Alina) sudah buat permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala LUmpur (DBKL), jadi kami mahu tengok semula salinan borang dan dokumen. Jika ada, boleh serahkan dan kami rujuk kepada mereka (pihak DBKL). Insya-Allah, Seniman boleh usahakan.

“Buat sementara waktu, kami juga boleh bantu carikan rumah terdekat dengan tempat tinggal sebelum ini. Namun, dapat rumah atau tidak, itu kami tidak boleh janji.





Tambahnya lagi, pihaknya sedia membantu untuk dari sudut yang lain.

“Kalau dia tidak ada duit untuk bayar wang pendahuluan, Seniman juga cuba cari penaja untuk selesaikan masalah ini.

“Persatuan sangat prihatin nasib semua ahli dan sedaya upaya cuba membantu menyelesaikan masalah ditanggung Alina,” kata Zed.

Terdahulu, Alina, 50, yang juga bekas juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 mengakui tiada tempat tinggal selepas diminta keluar oleh tuan rumah minggu lalu.

Alina dikatakan mempunyai masalah kewangan untuk mendapatkan rumah sewa baru dan membayar deposit kini tinggal di hotel yang disediakan pihak produksi TV3 sepanjang terbabit dalam program Mentor Otai.

2 Comments

  1. Sebelum ni dalam Mangga media katanya "Alina kini menyara kehidupan bersama tiga anak lelaki berusia 18, 16 dan 13 tahun dengan bekerja sebagai tukang cuci secara atas talian" so.. anak2 dia tinggal mana since dia kena keluar rumah tu? takde kan anak2 dengan dia? semua berita ni nak raih simpati je kot. Pathetic!

    ReplyDelete
  2. Semoga Tuhan bukakan pintu hati dan keinsafan kepada Alina Hassan untuk ambil dan menjaga anak-anaknya seperti yang diwar-warkan pada peminat. semoga tidak terus terleka dengan keghairahan duniawi sehingga terlupa tanggungjawab sebagai seorang ibu. ingatlah hari tua siapa yang akan menjaga kita kalau masa muda kita tidak menjaga anak-anak kita. amin

    ReplyDelete
Previous Post Next Post