Sarimah Ibrahim kongsi momen bergelar isteri


Antara momen di hari bahagia Che Puan Sarimah Ibrahim dan suami, Tunku Jamie.

Menyedari hari perkahwinannya berlangsung dalam suasana penuh protokol, Che Puan Sarimah Ibrahim membuat kelainan sempena ulang tahun perkahwinan ketiganya, semalam.

Selebriti berusia 39 tahun ini mencuri perhatian peminat apabila mengimbau kembali detik-detik manis saat disatukan dengan suami yang juga cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 46 atau mesra disapa Tunku Jamie.

Susulan itu, pelantun lagu Kini Kau Tiada ini memuat naik beberapa foto perkahwinannya di Instagram (IG).

Lebih istimewa, setiap foto disertai kapsyen menarik sekali gus mengenang kembali setiap momen manis mereka.

"Esok (Hari ini) is our third year wedding anniversary‼ Esok I akan upload gambar-gambar from our wedding day back in 2015.

"Korang nak tengok ke? If yes, stay tuned. My Prince and his Princess photos...some behind the scenes nanti OK..for you all," tulisnya.


Menurutnya, majlis perkahwinannya berlangsung dalam keadaan sederhana namun sangat bermakna di hatinya.

"Ok korang‼...here are some shots from our nikah three years ago today...with our mothers and some of our family.

"Alhamdulillah, it was a simple but loving ceremony...our bajus were by @salikinsidek as I wanted a traditional Malay feel for us on the day.

"Our nikah was graced with the presence of HRH Tuanku Najihah our Tok Wan and we held our nikah at 1130am, followed by a lovely luncheon together. At night, we had our Malay reception. We didn’t have a huge bersanding..we wanted it to be intimate," tulisnya lagi.

Biarpun berlangsung dengan gemilang dan penuh protokol, majlis bintang filem Janji Diana ini tetap dipenuhi dengan limpahan kasih sayang.

"2/4/2015...around 11:15am..whilst waiting with the rest of our family members and friends...penuh dengan adat and protocol.. and mostly penuh dengan kasih sayang.

Alhamdulillah," katanya.

Dalam pada itu, Sarimah turut mengharapkan agar perkahwinan yang dibina kekal selama-lamanya.


"But (for all of you who are worrying about love and finding a partner)...God has everything in his plans and you just cant Force anything to happen.. or even last....but i tell you ..

"Suddenly after a few frogs and many heartbreaks this Prince of my heart actually appeared in my life..Alhamdulillah..what a lovely suprise.

"...and its already three years later.. I do hope he will always want to 'kiss de girl...that is me'," tulisnya sambil disertai #sarimahnadzimuddinwedding #throwbackwedding dan #terkejutdah3tahun

Sarimah dan Tunku Jamie mendirikan rumah tangga pada 2 April 2015.

Post a Comment

Previous Post Next Post