Puspanita tubuhkan Tabung Kanser Elyana


Majlis Pelancaran Tabung Kanser Elyana dan Tabung Amal Silaturahim Rakan-Rakan Rockers Otai Klang.

Puspanita Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menubuhkan dua buah tabung bagi membantu golongan artis tanah air menerusi Karnival Puspanita KPM 2018 pada 12 Mei depan.

Dua tabung tersebut ialah Tabung Kanser Elyana dan Tabung Silaturahim Rakan-Rakan Rockers Otai Klang.

Pengerusi Puspanita, Datin Seri Nor Azizah Sulaiman mengharapkan orang ramai terutamanya golongan wanita hadir memberi sokongan terhadap karnival tersebut.

“Kami menjadi perantara kepada tanggungjawab sosial menyampaikan mesej kesedaran kepada kekuatan wanita dengan memilih Elyana dan juga Silaturahim Rakan-Rakan Rockers Otai Klang.

“Mereka ini mewakili sebagai simbol kekuatan dan semangat wanita dalam masyarakat,” katanya pada Majlis Pelancaran Tabung Kanser Elyana dan Tabung Amal Silaturahim Rakan-Rakan Rockers Otai Klang di sini hari ini.





Orang ramai boleh menghulurkan bantuan dengan menyertai Srikandi Run 2018.

Sebanyak RM1 daripada yuran penyertaan larian terbabit akan disumbangkan kepada Tabung Kanser Elyana.

Bayaran yuran larian yang berlangsung di Floria Putrajaya bermula pada harga RM61 seorang (pengunjung terawal), RM70 (pendaftaran awal) dan RM79 (pendaftaran saat akhir).

Bagi Tabung Silaturahim Rakan-Rakan Rockers Otai Klang, sumbangan dapat dihulurkan menerusi akaun bank CIMB, Warisan Sound, 80-0285607-2.

Pelbagai aktiviti menarik dilakukan seperti zumba, konsert mini, konvoi motosikal, gerai selebriti, cabutan bertuah dan belon udara panas.

Post a Comment

Previous Post Next Post