Norman menangis bubar KRU


Kumpulan KRU yang dianggotai oleh tiga adik beradik iaitu Datuk Norman, Yusry dan Edry mengumumkan pembubaran kumpulan itu selepas konsert terakhir mereka yang bakal berlangsung pada 6 Mei ini.

Ketua kumpulan itu, Norman berkata, keputusan tersebut merupakan kata sepakat di mana ketiga-tiga mereka mempunyai perancangan tersendiri untuk meneruskan kerjaya masing-masing.

"Kami mengumumkan bahawa konsert Gergasi KRU25 adalah penampilan terakhir daripada kami. Selepas konsert yang berlangsung selama tiga hari ini ia dibubarkan secara rasmi.

"Manakala single Tahan Lama yang akan berduet bersamaa Joe Flizzow merupakan single terakhir kami," ujarnya.

Beliau ditemui pada sidang media konsert Gergasi KRU25 yang diadakan di Impiana KLCC pada Rabu.

Konsert berkenaan bakal diadakan selama tiga malam di Panggung Sari, Istana Budaya pada 4 hingga 6 Mei depan.

Dalam pada itu, Norman yang menitiskan air mata pada pengumuman itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah memberi sokongan kepada kumpulan tersebut sepanjang 25 tahun.





Bagaimanapun, entiti KRU sebagai sebuah syarikat media dan hiburan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa.

"Saya memgucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kerjaya kami selama 25 tahun dalam industri muzik tanah air," ujarnya.

Sementara itu, Edry berkata, dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan anak-anak.

"Ini keputusan semula jadi yang sememangnya sudah tiba masanya untuk kami berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga pula. Saya juga ada anak-anak yang perlu perhatian," ujarnya.

1 Comments

  1. apa jadah KRU ni, sampai karaktor luar pun nak CIplak ke? mirip filem disney CARS & RADIATOR SPRING apa LA punya bongok, ni plagiat, bukan idea. 3 abdul ni tak ada idea ke? paling tidah pun masukkan lah MODEL PROTON ATAU PERODUA. APA bangsat sgt ke kereta tempatan??!!! kalau projek film camtu, baik tak payah buat, baik korang buat voice OVER ALIH BAHASA JE, JIMAT KOS. klu semua dah mirip. takj payah tgk lah. rugi tiket.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post