Wajah-Wajah pelapis baharu lahir daripada program BRTM2018 yang bakal menghiasi perkembangan industri hiburan negara. Dari kiri, Hafiz yang memenangi tempat ketiga, Hariz (juara) dan Heidi (pemenang tempat kedua).
Selepas 10 minggu berentap, peserta kelahiran Selangor, Hariz Fayahet dinobatkan selaku juara Bintang RTM 2018 (BRTM2018) yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIBD, Cheras baru-baru ini.
Kemenangan Hariz, 25, sekali gus mengenepikan lima pesaingnya iaitu Ferona, Hafiz, Heidi, Anna dan Yassir yang sama-sama berentap pada pentas final.
Hariz yang kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Seni Persembahan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, menjelaskan, dia sama sekali tidak menyangka rezeki akan berpihak kepadanya malam itu memandangkan kesemua finalis lain mempunyai kekuatan tersendiri.
“Sejujurnya saya sendiri tidak jangka dengan kemenangan ini tetapi sangat bersyukur kerana segala penat lelah selama lebih tiga bulan dalam program ini akhirnya berbayar,” ujarnya.
Ditanya apakah perancangan selepas bergelar juara program unggul terbitan Radio Televisyen Malaysia tersebut, Hariz nekad mahu menamatkan pengajian yang berbaki satu semester selain memberi fokus terhadap bidang nyanyian.
“Belajar tetap akan diteruskan sebab hanya berbaki satu semester lagi. Ibu saya juga berpesan agar menamatkan pengajian sebelum betul-betul mahu fokus terhadap bidang lain.
“Insya-Allah, saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan untuk menjadi anak seni. Apa yang penting saya perlu berusaha keras untuk menaikkan nama memandangkan sudah ada lagu, jadi saya akan gunakan peluang ini sebaik mungkin,” katanya.
Pentas final BRTM2018 menyaksikan setiap peserta perlu melepasi tiga peringkat persembahan iaitu duet bersama vokalis kumpulan, lagu baharu dan segmen battle.
Malam final menyaksikan Hariz mempersembahkan lagu Fantasy dan Polaroid duet bersama Mell Sakura serta sebuah lagu baharu berjudul Yang Terbaik ciptaan Manusia Putih.
Sementara itu, tempat kedua dirangkul peserta wanita dari Sabah, Heidi dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 dan trofi, manakala peserta dari Johor, Hafiz berpuas hati di tempat ketiga dengan hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 berserta trofi.
Tiga lagi peserta iaitu Ferona, Yassir dan Anna mendapat sagu hati dengan hadiah wang kemenangan masing-masing berjumlah RM1,000.
Penerbit BRTM2018, Sarena Mohd. Salleh menjelaskan, kemenangan setiap peserta dalam program berkenaan tidak akan terhenti setakat malam final semata-mata, sebaliknya bakat setiap pemenang terus digilap agar terus bersinar.
“Memandangkan mereka sudah pun memiliki sebuah lagu baharu, jadi ia tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Perancangan jangka masa panjang memang sudah ada.
“Kami akan membabitkan mereka dalam setiap program di RTM agar bakat dapat dikembangkan, sekali gus membantu mereka membina jaringan dengan dunia luar,” katanya.
Malam kemuncak BRTM2018 dikendalikan oleh pasangan pengacara Misha Omar dan Aqasha.
Penonton yang hadir turut dihiburkan dengan dua penyanyi hebat Ella dan Datuk Awie selain penampilan Sufian Suhaimi yang mendendangkan lagu terbaharunya, Di Matamu.
Halo, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
ReplyDeletedi dunia? jika ya maka hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
kategori pencari sama ada syarikat atau penggunaan kakitangan. Kami menawarkan
pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui Whats app +919205646839
mohanmendcompany01@gmail.com
BORANG PERMOHONAN PENCEGAHAN PINJAMAN
******************************
1) Nama Penuh:
2) Jantina:
3) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
4) Tempoh Pinjaman:
5) Negara:
6) Alamat Rumah:
7) Nombor Mudah Alih:
8) Nombor Faks:
9) Pekerjaan:
10) Pendapatan Bulanan:
11) Tarikh Gaji:
12) Tujuan pinjaman:
13) Di mana anda mendapat iklan pinjaman kami:
mohanmendcompany01@gmail.com
ReplyDeleteWe give out loans with an affordable interest rate of 3%
Captain One provide Excellent and Professional Financial Services and we are known and genuine money lenders across the globe
Our services include the following:
Truck Loan
Personal Loan
Debt consolidation loan
Car Loans
Business Loan
Student Loan
Mortgage Loan
Refinancing Loan
Home Loan
Improvement loan
Construction Loan
Please write back if interested with our interest rate:Kindly contact us via:abdullahonlinefinance@gmail.com