Dazrin Kamarudin timang anak lelaki


Isteri kepada pelakon Dazrin Kamarudin iaitu Nur Fazulin Razali selamat melahirkan bayi lelaki di pusat perubatan di Sri Kembangan, Selangor, hari ini.

Bayi seberat 3.37 kilogram itu dilahirkan pada jam 5.45 pagi tadi.

Dazrin,30, dihubungi berkata, isterinya yang bersalin secara normal itu kini berada dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah syukur di atas kurniaan ini. Proses kelahiran berjalan dengan mudah, selamat dan lancar.

"Ini satu lagi pengalaman yang berharga dan tak dapat dilupakan bagi saya sebagai suami. Tambahan pula apabila menunggu dan melihat isteri melalui proses bersalin serta berada di sisinya," katanya.

Menurut Dazrin, dia memilih nama Dasuki Dazrin untuk anak sulungnya itu.

"Kami pilih Dasuki kerana ia membawa maksud keindahanku dan cahayaku.

"Lagipun nama itu mudah disebut dan memberi maksud mendalam," katanya.





Post a Comment

Previous Post Next Post