Datang lewat, skrip pun tak hafal Pelakon apa ni? Patut la Siti Elizad naik angin


Elizad meluahkan rasa marah apabila terpaksa menunggu pelakon lain selama empat jam.

Pelakon Siti Elizad berang apabila terpaksa menunggu pelakon lain selama empat jam untuk memulakan penggambaran drama bersiri Dian.

Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, berkata kelewatan pelakon tersebut telah menyusahkan semua pihak yang hadir ke lokasi awal sejak pukul 8 pagi.

Menurut Elizad lagi, dia tidak pernah berhadapan dengan situasi itu dan hanya boleh memaafkan individu tersebut jika lewat satu jam.

"Lewat satu jam boleh lagi nak dimaafkan. Sebabkan dia seorang lewat, semua benda jadi lambat.

"Sepatutnya kena ada di set pada pukul 8 pagi tapi dia sampai kul 12 tengah hari. Mana saya tak naik hantu tunggu lama.


Antara luahan Elizad di Twitternya.

"Sedangkan dalam satu hari boleh dapat lebih 18 babak tapi dah tengah hari ini satu babak pun tak dapat nak buat lagi," kata Elizad kepada mStar Online.

Elizad diminta mengulas mengenai status kemarahannya terhadap seseorang yang datang lewat hampir empat jam ke set penggambaran di laman Twiiternya.

Tambah pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini, dia bertambah marah apabila pelakon tersebut datang dalam keadaan tidak bersiap dan belum menghafal skrip.

Kata Elizad, pelakon tersebut bukanlah pelakon utama untuk drama yang akan ditayangkan di NTV7.

"Kalau dia nak minta maaf bersungguh-sungguh sepatutnya datang dalam keadaan yang sudah bersiap sedia untuk masuk set terus.






Elizad sudah bersiap sejak pukul 8 pagi.

"Tapi dia sampai dalam keadan tak siap lagi. Nak kena tunggu dia bersolek. Skrip pun tak hafal lagi.

"Dia bukanlah pelakon utama untuk drama ini tapi kenalah hormat masa orang lain juga yang boleh datang awal," ujarnya.

Dalam pada itu, Elizad menasihati mana-mana pihak yang tidak tahu menghormati masa orang lain untuk bekerja sendiri sahaja

"Bukan untuk pelakon sahaja. Mana-mana yang tak reti hormat masa orang lain itu, sila kerja sendiri.

"Jangan kerja dengan orang. Orang lain cari makan. Kesian yang lain kena menunggu," katanya.

Selain Elizad, drama tersebut turut dibintangi oleh Qi Razali, Yasmin Hani, Fazlina Ahmad Daud, Adrea Abdullah, Aleeza Kasim dan Iman Corinne Adrienne.

Post a Comment

Previous Post Next Post