Ayda Jebat Saya diam bukan berlagak


Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat menafikan berlagak diva kerana enggan komen mana-mana gosip membabitkan dirinya.

Kata selebriti itu, sepanjang bergelar anak seni, dia melihat setiap jawapan diberikan akan menyebabkan sesebuah kontroversi berpanjangan dan keadaan menjadi lebih buruk.

“Tidak pernah ada dalam kamus hidup saya untuk tidak menjawab pertanyaan. Saya akan jawab sepantas dan sebaik mungkin. Tetapi, sekarang ini saya terlebih dahulu akan melihat ia soalan yang bagaimana.

“Dulu, saya jawab semua soalan dan ia menyebabkan gosip berpanjangan. Bagi saya, ada perkara yang perlu saya jawab untuk menjelaskannya namun adakalanya berdiam diri itu lebih baik,” katanya.





Pelantun lagu Bagai Pelangi itu juga berkata, dia tidak mahu jawapan diberikan bakal membuka ruang kepada orang luar memperkatakan perkara yang tidak sahih.

“Sebagai orang diajukan soalan, saya ada hak untuk mendiamkan diri dan bertegas tidak mengulas mana-mana kontroversi. Saya berdiam kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

“Saya percaya, mana-mana individu memilih untuk tidak bersuara mesti mempunyai alasan kukuh,” tegas wanita itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post