Along Kamaluddin terkilan tak dapat balik kerusi


Pengarah drama Andainya Takdir, Along Kamaluddin, agak terkilan kerana tidak dapat kembali duduk di kerusi pengarahan drama Andainya Takdir 2 yang dalam proses penggambaran.

“Terkilan juga disebabkan jadual kerja tidak mengizinkan ketika itu menyebabkan pengarahan diserahkan kepada pengarah lain.

“Tidak dinafikan ada segelintir pelakon drama itu menyifatkan Andainya Takdir 2 mempunyai ‘permainan’ jalan cerita yang tidak seperti dulu,” katanya.

Pun begitu, pengarah ini tidak kisah drama pernah mencatat rekod tontonan lebih 10 juta penonton tahun lalu diarah oleh sesiapa sahaja.

Cuma katanya, drama musim kedua mesti lebih baik berbanding sebelum ini kerana drama terbabit sudah diletak dalam kelas tersendiri.

Bagaimanapun, Along bersyukur kerana drama terbaru arahannya, Teratai di Kemboja ditayangkan di TV3 sekarang mendapat sambutan menggalakkan.

Andainya Takdir 2 arahan Eoon Shuhaini adalah terbitan A Aida Production.

Drama itu mengekalkan barisan pelakon asal antaranya Nina Iskandar, Syukri Yahaya dan Puteri Balqis, ditayangkan di slot Samarinda TV3 pada Mei ini.





Post a Comment

Previous Post Next Post