Wany Hasrita masuk hospital, mohon maaf batalkan persembahan


Wany turut berkongsi keadaannya kepada peminat menerusi Instagram.

Penyanyi Wany Hasrita memohon maaf kerana terpaksa membatalkan persembahan di sebuah acara yang diadakan di Selangor hari ini kerana dimasukkan ke hospital di ibu kota pagi tadi.

Menurut ibu Wany, Norita Jaafar, 47, penyanyi berusia 26 tahun itu disahkan dijangkiti virus Influenza B mula mengadu berasa kurang sihat sejak seminggu lalu namun tetap meneruskan persembahan yang diadakan di Kedah, Terengganu, dan Johor.

Katanya, pada kebiasaan Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah hanya mengambil pil panadol sekiranya berasa kurang sihat dan akan kembali sembuh seperti biasa.

“Sekitar pukul 6 pagi tadi, dia mengadu keadaannya lemah sehingga tiada suara sejurus selepas pulang daripada membuat persembahan di Johor. Tanpa berlengah saya bergegas membawanya ke hospital,





“Disebabkan masalah kesihatannya, Wany terpaksa membatalkan persembahan tersebut pada saat akhir dan saya mewakili dirinya memohon maaf kepada peminat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! tadi.

Mengulas lanjut, Norita memberitahu, Wany masih perlu mendapatkan rawatan di hospital terbabit berikutan suhu badan masih tinggi selain perlu banyak berehat.

“Awalnya dia enggan dimasukkan ke hospital kerana perlu membuat persembahan di Selangor pada hari ini. Tetapi doktor menggesa agar dia segera mendapatkan rawatan kerana bimbang akan melarat, “ jelasnya.

Pada masa sama, Norita turut tidak menolak kepadatan jadual kerja dan kurang mendapat rehat menjadi antara punca, Wany menghidapi Influenza B.

Post a Comment

Previous Post Next Post