Tya Adnan dan suami, pelakon Shukri Yahaya.
Isteri kepada Shukri Yahaya mempersoalkan tindakan seorang netizen yang menghantar fotonya melalui mesej peribadi Shukri bagi meminta aktor itu menegur tentang aurat.
Tya Adnan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak sepatutnya berlaku kerana Shukri mengetahui setiap apa yang dimuat naik ke laman sosial Instagramnya.
"Sampai ke laki (suami) kita dia pergi DM (hantar mesej). Jadi dia ingat suami saya selama ini tak tengok ke apa yang saya muat naik?
"Susah-susah je awak pergi DM suami saya," tulisnya di InstaStory.
Tya meluahkan rasa tidak puas hatinya di InstaStory.
Tya turut memuat naik gambar paparan skrin mesej peribadi individu berkenaan di InstaStory yang di antaranya meminta Syukri menegur Tya tentang hal menjaga aurat dengan betul.
"Hi Syukri, Tegur la isteri awak ni, bukan nak sibuk tapi pakai tudung tu elok-elok la.
"Awak yang tanggung dosa dia kan? Leher tu aurat, rambut pun aurat. Tutup aurat tu wajib, dosa kalau tak tutup aurat," tulis individu berkenaan.
Tya memuat naik beberapa keping gambarnya di Instagram yang memperlihatkan dia hanya memakai penutup kepala bagi mempromosikan gincu kepada pengikutnya.