Maria Farida tunggu permohonan maaf


Pelakon Datin Maria Farida melahirkan rasa lega selain sedang menunggu permohonan maaf secara terbuka daripada bekas isteri kepada suaminya iaitu Hadijah Mohamed Mokhtar dan anaknya, Nur Shazaleen Anid Mohd. Yusoff.

Pelakon drama Lara Aishah itu memberitahu, pihaknya masih menunggu dua beranak itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya yang sepatutnya dibuat tiga bulan lalu apabila dia memenangi kes tersebut.

“Saya ada membuat permintaan supaya mereka membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi sehingga kini saya masih tidak menerima permohonan maaf mereka.

“Dengan kemenangan ini saya berharap mereka berhenti daripada melemparkan fitnah ke atas saya lagi selepas ini selain jangan ganggu kehidupan kami,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.





Maria memfailkan saman terhadap Hadijah kerana wanita tersebut berterusan membuat pelbagai tuduhan terhadapnya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Maria dan Rahman berkahwin pada 26 November 2015 selepas bergelar janda selama 10 tahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post