Haylie Duff bakal timang bayi perempuan


Haylie bersama Rosenberg dan anak sulung mereka, Ryan.

Pelakon Haylie Duff memberitahu, dia bakal menimang bayi perempuan.

Aktres berusia 33 tahun itu berkata, dia cukup teruja dengan keputusan jantina bayinya kerana ia merupakan impiannya untuk memiliki seorang lagi anak perempuan.





“Sejak mengetahui diri berbadan dua, saya menjadi gelisah dan tidak sabar untuk mengetahui jantina bayi sehingga melakukan ujian darah terlebih dulu. Sangat gembira apabila bakal dikurniakan seorang lagi anak perempuan.

“Bagaimanapun, saya belum memilih nama yang bersesuaian lagi,” katanya seperti yang dilapor portal Femalefirst.com.

Hasil perkongsian hidup dengan Matt Rosenberg, Duff turut memiliki seorang lagi anak perempuan, Ryan yang kini berusia dua tahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post