Penyanyi dangdut, Cita Citata mendedahkan perasaannya yang bercampur-aduk saat berduet dengan kumpulan rock, Slank pada Konsert Slank in Love baru-baru ini.
Bintang berusia 24 tahun itu dikhabarkan teruja, namun dalam masa sama mengakui berdebar.
“Pada ketika itu, saya berdebar kerana akan mendendangkan lagu berjudul Balikin yang sinonimnya dibawa penyanyi lelaki.
“Bukan apa, saya hanya sempat membuat latihan hanya dua kali. Bagaimanapun, saya amat seronok kerana berpeluang untuk berduet dengan Slank,” ujarnya yang juga masih tidak dapat melupakan momen indah berduet bersama Slank seperti dipetik daripada portal KapanLagi.Com.
Konsert Slank in Love tersebut telah diadakan pada 27 Februari lalu di Jakarta Selatan, Indonesia.
Pada konsert berkenaan, Slank turut menjemput beberapa artis wanita untuk berduet bersama dan salah seorang daripadanya ialah pelantun lagu Sakitnya Tuh Disini itu.