Duet pertama Akim Ahmad, Stacy Anam selepas kahwin


Duet tersebut merupakan antara yang ditunggu peminat Akim dan Stacy.

Penyanyi, Stacy Anam mengumumkan bakal berduet dengan suaminya yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad.

Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam memberitahu, single duet itu merupakan kolaborasi kali pertama mereka selepas bergelar pasangan suami isteri.

“Sebenarnya kerjasama duet dengan Akim Ahmad ini merupakan antara yang ditunggu peminat. Ramai yang bertanya bila kami mahu berduet apatah lagi kedua-duanya bergelar penyanyi.





“Untuk itu, kami sepakat untuk berduet dan masih dalam proses mencari bahan untuk lagu duet itu nanti. Jika tiada halangan, single duet kami akan dilaksanakan dalam tahun ini juga,” ujar pelantun lagu Not For Sale itu ketika ditemui pada majlis sidang akhbar Program Skim Latihan 1Malaysia di Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan di sini.

Sebelum ini Akim pernah menghasilkan lagu buat Stacy termasuk Cakap Ke Tangan yang merupakan single terkininya.

Post a Comment

Previous Post Next Post