Penyampai radio Suria, Zulin Aziz mengakui sedang mencari calon suami.
Jelasnya dalam usia menjangkau 29 tahun, dia sedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.
“Tapi yang datang semuanya hampeh. Kita nak cari yang alim. Bukanlah alim mana tapi adalah ciri-ciri pembimbing isteri tu dah cukup. Tak kaya pun tak apa.
“Pergi event kena mengurat dengan Datuk tua. Tak sanggup adik,” ujar Zulin jujur.
Jelasnya lagi, tujuh tahun dia tidak bercinta. Jika ada pun yang hadir tak sempat bercinta dah putus.
“Lelaki yang datang dalam hidup nak skandal je ke apa ke tak tahulah,” luah Zulin jujur.
Ditanya bagaimana hubungannya dengan Ahya yang digosipkan sebelum ini, Zulin memberitahu bahawa mereka hanya kawan.
“Lifestyle kami tak sama.
Orang ‘kenen-kenen’ tapi tak ada apa-apa pun,” akuinya.