Penyanyi tersohor Hollywood, Rihanna dilaporkan berparti sakan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30 pada 20 Februari lepas.
Portal E! News melaporkan, antara selebriti yang turut meraikan parti Rihanna yang diadakan secara tertutup di Seagram, New York, Amerika Syarikat termasuklah Toni Braxton, Paris Hilton, Leonardo DiCaprio dan ramai lagi.
Kekasih Rihanna, Hassan Jameel juga dikatakan turut hadir memeriahkan parti berkenaan, namun berjaya mengelak daripada dirakam paparazzi.
Pada masa sama, Rihanna juga sempat memuat naik ucapan terima kasih kepada semua peminat yang mengucapkan selamat hari jadi kepadanya di laman Instagram baru-baru ini.