Puteri Sarah Tiada Masalah Kalau Arahan Syamsul Atau Bapa Mertua


Puteri Sarah kini lebih selesa dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Semenjak mendirikan rumah tanggan dengan pengarah Syamsul Yusof pada Mac 2014, wajah pelakon Puteri Sarah sudah jarang menghiasi drama di televisyen.

Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 33, kini dilihat lebih selesa dengan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada Syaikhul Islam yang mencecah usia lapan bulan.

Selain itu, Sarah juga giat menceburi bidang perniagaan dan baru sahaja melancarkan koleksi tudung dan pakaian denim hasil kerjasama dengan jenama Asyikin Exclusive.

Sarah ketika ditemui memberitahu walaupun ada perasaan rindu untuk berlakon namun ia bukan lagi keutamaan kerana suami dan anak adalah perhatian dia selain Syamsul sendiri tidak menggalakkannya kembali aktif.




Sarah bersama anak lelakinya, Syaikhul Islam.

"Sejak bergelar isteri dan seorang ibu, keutamaan saya memang sepenuhnya kepada keluarga dan penglibatan saya dalam bidang perniagaan pun kerana minat dan ia tidak menggangu masa bersama keluarga.

"Kalau terus berlakon memang saya tidak akan ada masa untuk keluarga tambahan pula suami pun sering sibuk dengan tugas-tugasnya.



"Jadi kalau dua-dua pun sibuk memang tidak akan ada masa untuk di antara satu sama lain," katanya.

Bagaimanapun kata Sarah, jika ada projek bawah syarikat milik bapa mertuanya, Datuk Yusof Haslam atau suaminya sendiri dia terbuka untuk berlakon kerana ia lebih mudah.


Syamsul dan Sarah berkahwin empat tahun lalu.

Malah kata Sarah, dia sepatutnya berlakon di samping Syamsul menerusi sebuah drama arahan dan lakonan suaminya itu namun projek tersebut tertangguh ekoran kesibukan Syamsul menyiapkan filem Munafik 2.

"Kalau arahan Syamsul atau bapa mertua tiada masalah... lebih mudah begitu terutamanya dari segi urusan masa.

"Sepatutnya kami ada projek bersama tetapi suami memang terlalu sibuk dengan Munafik 2 dan projek itu terpaksa dibatalkan kerana ingin memberi tumpuan kepada filem itu," ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post