Ajai cari Budak Budak Baru Nak Up


Kebanjiran penyanyi-penyanyi remaja atau kini lebih dikenali dengan istilah Budak Baru Nak Up (BBNU) kini semakin menarik perhatian ramai.

Apatah lagi mereka turut meraih populariti setara dengan penyanyi lebih senior, malah turut sama berpeluang berada di pentas berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) untuk sama-sama memberi saingan.

Menyedari potensi itu, komposer dan juga penyanyi terkenal, Ajai, membuka peluang kepada BBNU untuk mengetengahkan bakat mereka menerusi satu satu uji bakat yang bakal diadakan syarikat rakaman miliknya, Wake The Baby.




Ajai yang baru-baru ni bertanding menerusi lagu Separuh Matiku Bercinta (Dayang Nufaizah) dan Akhirnya Cinta (Salma) di AJL32, menyatakan hasratnya itu menerusi laman instagramnya sehari selepas anugerah berprestij itu berakhir.

“Syarikat Rakaman saya iaitu Wake The Baby Records @wtb_records_official ingin mencari bakat-bakat baru ‘Budak-Budak Baru Nak Up’ untuk dijadikan artis syarikat rakaman saya yang dalam lingkungan umur 18-22 tahun.

“Sesiapa yang berbakat, boleh hantarkan demo anda ke IG saya. Sesiapa yang terpilih, saya akan hubungi untuk proses ujibakat seterusnya di studio. Jika terpilih, anda akan jadi artis syarikat rakaman saya. Itu janji saya,” kata Ajai menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya semalam.



Melihat reputasi Ajai, mesti ramai BBNU yang mahu mencuba nasib dan mengikuti jejak langkah Aiman Tino, Hakiem Rusli, Tajul dan ramai lagi penyanyi remaja yang kini sedang mencipta nama dalam industri.

Post a Comment

Previous Post Next Post