Pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura bakal mengadakan dua majlis resepsi perkahwinan khas buat keluarga dan peminat.
Menurut Nur Fazura, dua resepsi tersebut akan diadakan pada 25 Februari dan 11 Mac depan.
"Alhamdulillah, kita akan ada dua resepsi, satu untuk keluarga dan sahabat rapat manakala satu lagi untuk peminat and more friends.
"Tapi, untuk resepsi sebelah keluarga, kita akan buat secara tertutup demi menghormati permintaan keluarga yang mementingkan privasi," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem televisyen, Janji Zehan, semalam.
Tambahnya lagi, dua majlis resepsinya juga bakal membawa tema yang berbeza iaitu fairy tale dan tradisional.
"Konsepnya juga mungkin akan lebih kepada suasana fantasi dan kita juga plan menari poco-poco nanti,” katanya.
Pasangan sensasi ini selamat melangsungkan pernikahan dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 November lalu.