Ieda Moin tak putus asa berharap


Ujar pemilik nama sebenar Siti Haida Abdul Moin ini, ia hanya harapan dan impian yang belum pasti menjadi kenyataan.

“Sebagai penggiat seni saya akui dalam hati ada terselit impian ini kerana ia pencapaian yang sangat bermakna.

“Sekali diiktiraf sudah memadai. Namun, jika ada lagi selepas itu, ia bonus,” katanya.

Tidak iri hati dengan pencapaian selebriti lain, Ieda Moin berkata, dia akur dengan aturan rezeki dan sentiasa berfikiran positif.

“Mana tahu 2018 ada sinar buat saya. Urusan rezeki, milik Allah SWT.

“Namun, saya akan terus pertingkatkan usaha terutama memastikan penampilan lebih menarik,” katanya.

Berbicara lanjut mengenai karier, Ieda bersyukur kerana rezekinya tidak pernah putus.

“Saya anggap rezeki yang datang tanpa diduga sebagai ujian. Adakah saya nanti tamak?

“Bagaimanapun, saya selesa fokus pada drama yang dibintangi kerana ia memudahkan pihak produksi. Kalau semua tawaran saya ambil, sudah tentu timbul banyak masalah kemudian hari,” katanya.



Ieda kini rancak menyiapkan penggambaran drama istimewa Ramadan, Geng Tadarus sebanyak 26 episod.

Selain itu, ibu tunggal ini juga akan terikat dengan rakaman program masakan Kecoh Dapur musim ketiga. Bagi musim baru itu, dia akan bergandingan lagi dengan Amyza Adnan.

“Saya pernah bekerjasama dengan Amyza sebagai pengacara Program Kecoh Dapur musim pertama. Namun, musim kedua Amyza digantikan rakan baik saya, pelakon Noorkhiriah.



“Untuk musim ketiga ini, Amyza kembali dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya.

Menyentuh karier nyanyian, Ieda tidak sangka dia masih ada peminat.

“Saya sangat teruja dan gembira dengan sokongan penonton ketika menjayakan persembahan Gegar Vaganza 4 (GV4).

“Tak sangka ramai masih meminati kumpulan Moin. Terima kasih kerana terus menyokong kami,” katanya yang kembali menerima undangan nyanyian.

Post a Comment

Previous Post Next Post