DSV teruja dapat bertemu Mazuin Hamzah


Datuk Seri Vida terharu dapat bertemu Mazuin Hamzah dan anaknya

Jutawan popular, Datuk Seri Vida telah melahirkan rasa betapa gembira dan terujanya dia apabila dapat bertemu dengan penyanyi Mazuin Hamzah yang cukup popular sekitar tahun 70-an dan 80-an.

Posting terbaru Vida ini dapat dilihat di laman Instragramnya.

Vida berkongsi penampilan terkini Mazuin bersama anak ketiganya, Pengiran Khaleed yang kini berusia 23 tahun.




Malah Vida juga turut meminta Mazuin menyanyi sedikit lagu popularnya dahulu berjudul Cinta Palsu dan Mazuin kelihatan sangat terharu serta sporting melayan Vida.

Menurut Vida, dia sangat meminati penyanyi ini sewaktu kecilnya.



Rata-rata pengikut Vida juga turut memuji sepupu kepada pelakon dan penyanyi, Amy Mastura yang masih lagi cantik biarpun usianya akan menginjak ke 54 tahun Disember depan.

Mazuin berasal dari Ipoh, Perak merupakan salah seorang bekas anggota kumpulan Quinary M yang terdiri daripada adik-beradiknya.

Post a Comment

Previous Post Next Post