Sebelum berjaya membina kejayaan dalam empayar perniagaan, jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman turut melalui pelbagai episod hitam dalam hidupnya.
"Saya juga pernah jatuh. Tapi, percaya atau tidak apa yang saya ada pada hari ini berkat usaha saya.
"Saya juga pernah mengalami zaman kejatuhan suatu ketika dahulu sehingga semuanya buntu dan tidak tahu hendak bermula daripada mana," kongsinya di Instagram (IG).
Bagaimanapun, berkat usaha tanpa mengira penat lelah, selebriti berusia 31 tahun ini kembali bangkit membina hidup.
Malah pengasas jenama D'Herbs ini turut berkongsi 10 perkara yang memberi motivasi terhadap dirinya.
"10 perkara yang sangat bermotivasi membuatkan saya sedar terhadap beberapa perkara yang saya anggap kecil tetapi sangat besar impaknya kepada saya untuk saya bangkit daripada kesedihan atau kesusahan.
'Insya-ALLAH, tips ini ikhlas daripada saya dan boleh menaikkan semangat anda di kala anda sedih dan jatuh," tulisnya.
10 perkara motivasi Aliff Syukri:
1) Pecahkan masalah kepada masalah-masalah yang kecil dan selesaikan satu persatu.
2) Sedekahlah walapun dalam kuantiti sedikit. Insya-ALLAH, kita akan dapat 10 kali dari apa kita beri.
3) Anggap penghinaan itu sebagai cabaran.
4) Usah peduli kata orang yang tidak menyokong ketika kita gagal kerana apabila sudah berjaya mereka pasti akan menyokong dan berbangga malah bertanya pula bagaimana untuk berjaya. Ketika itu jangan ada dendam dan doakan yang terbaik untuk mereka.
5) Mintalah doa dan restu ibu bapa.
6) Doa senjata paling hebat dan dasyat terutama bagi orang yang teraniaya.
7) Mengalah tak semesti kalah, simpan peluru sebab anda ingin menembak musuh. (*fahami ayat saya ya dalam maksud ya*)
8) Bangun pagi dan mulakan langkah lebih awal dari orang lain dan simpan niat anda untuk bangkit.
9) Bayangkan anda seorang super hero dan kuat bila anda rasa lemah.
10) Berkawan dengan orang yang positif dan jauhkan dari orang yang negatif.
Ternyata, perkongsian daripada bintang filem Badang ini turut mencuri perhatian peminat dan pengikutnya.
dzrs_official tq for the sharing dato sri.. sedih + terharu membacanya.. sbb sy juga alami kejatuhan yg amat2 dgn semua usaha sy bertahun2 ats sebab2 tertentu.
wanzu88 First time sy rasa post @aliffsyukriterlajaklaris yg paling berguna ntk org lain mencipta kejayaan.
suraya_matahari Betul DS’! Thank You for the sharing DS!
watybisnies Saye baca sampai habis .yelah semua yg datuk kongsi ni...semua bermanfaat.semoga datuk & datin sukses selalu.dan doakan juga kami2 ni sukses juga .amin
hezriis Syukur Allhamdulilah kata semangat dato melekat.. Insyallah sy penuh kan semangat dato. ada beberapa perkara sy tak tempuh lagi.. Waktu skrg sy jatuh sedikit.