Adiba Yunus Berbulan madu di Bali


Pasangan selebriti, Adiba Yunus, 29, dan Hazwan As'ari, 28, memilih Bali sebagai lokasi berbulan madu mereka pada Mac ini.

"Ikutkan perancangan kami mahu melakukan umrah bersama keluarga tetapi belum sempat lagi sebab saya masih terikat dengan penggambaran drama Andainya Takdir 2," kata Adiba.

Adiba dan Hazwan ketika ditemui pada majlis resepsi mereka di Cyberjaya sebentar tadi, turut bersyukur majlis pada hari ini berjalan lancar.

Hazwan yang turut dikenali melalui filem Puaka Balai Gombak menghiburkan tetamu dengan menyampaikan sebuah lagu ciptaan sendiri berjudul Bidadari sebagai kejutan buat isteri.



Pada majlis itu, lebih 1000 tetamu hadir termasuk keluarga dari dua pihak, rakan produksi, rakan artis termasuk tetamu VIP antaranya bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam.



Pasangan itu selamat bernikah di kediaman Adiba di Jempol, Negeri Sembilan pada 24 November tahun lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post