Zizie Ezette, Adam, Alif nama diberi


Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin mendedahkan bahawa beliau dan isterinya, Zizie Ezette sudah memilih nama untuk anak kembar lelaki mereka.

Bung Moktar berkata, nama pertama bagi bayi kembar yang dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, pada 29 Disember lalu, adalah Adam bagi abang dan adiknya pula, Alif.

"Buat masa sekarang kami pilih nama pertama dahulu. Nanti, ada nama tengah mereka yang akan dipilih oleh Zizie.

"Minggu depan kami akan daftarkan dan buatkan MyKid mereka," katanya ketika dihubungi di Kinabatangan, hari ini.

Zizie, 39, yang juga pelakon, sebelum ini berkongsi kelahiran bayi kembar itu melalui akaun Instagramnya.

Menurutnya, bayi itu masing-masing dilahirkan 5.48 dan 5.50 pagi, pada 29 Disember lalu.



Berat dua bayinya itu, masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram ketika dilahirkan.

Menerusi gambar yang dikongsinya juga, pemilik nama penuh Zizie Izette Abdul Samad itu tampak jelita di samping kedua-dua cahaya matanya di pangkuan.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada Zizie yang sudah lama menantikan detik cukup bermakna itu.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada 2009.

Pasangan itu juga mempunyai seorang anak angkat perempuan, Naila Nur Jenna, berusia 11 bulan.

Post a Comment

Previous Post Next Post