Susulan tersebarnya gambar penahanan Datuk Farid Kamil, pelakon popular, Sharnaaz Ahmad melahirkan rasa terkilan terhadap sikap netizen.
"Apa pun jadi pasai isu Farid Kamil, kepada musibat yang bocorkan gambar tu, semoga anda dibuka aib pulak di satu hari kelak..
"Maruah keluarga dia mana nak letak kamjat.. hari ni anda mungkin bahagia, bila Tuhan nak duga belum confirm brader.. be strong Farid..," tulisnya di Twitter.
Menurutnya, setiap kesalahan yang dilakukan boleh dihukum tetapi bukanlah untuk diaibkan.
"Apa aku nak cakap kat sini, aku sendiri banyak kali lakukan kesalahan bergaduh bertumbuk masuk mahkamah kena denda bla bla bla..
"Tetapi siapakah anda atau aku untuk menghukum pesalah? Anda juri tetap? Anda hakim? Anda ketua agama? Atau anda yg kena tibai? Tentu bukan, manusia melakukan kesalahan boleh dihukum TETAPI BUKAN MENGAIBKAN!!! ..," jelasnya di Instagram (IG).
Malah, selebriti berusia 33 tahun ini percaya Farid bukanlah seperti yang didakwa.
"Farid kamil adalah idola aku (anak halal) lakonan padu bro, dan dia adalah hero pertama aku berlakon dalam industri .. masa tu aku firstime shoot telemovie sparring dengan farid kamil.. dan dia seorang yang sangat baik.. cuma mula agak kerek sikit, tapi dah warm up terus jadi member..
"Farid, gua tau lu bukan ini macam punya orang, kami kawan kawan mesti support lu apa cara pun.. jangan ingat lu tak ada orang belakang lu.. Kami doa semoga ALLAH permudahkan dan ringankan dugaan hang dan family..," luahnya lagi.
Ini kerana, bintang filem Juvana ini percaya Farid mampu untuk kembali bangkit, selepas ini.
"Dan last aku nak cakap.. manusia yang hebat adalah manusia yang berani bangkit selepas tewas.. Dan aku percaya Farid manusia hebat itu...," kongsinya.
Pada masa sama, Sharnaaz turut mendoakan agar isteri Farid, Datin Diana Danielle terus tabah menghadapi dugaan.
"Dan pada Diana Danial, laki hang teruk kena ni, jangan give up Diana.. Kami sayang hangpa dua orang.. kekuatan dia ada pada hang. Masalah boleh selesai Insya-ALLAH kalau sama sama matang dan redha..," tulisnya.
Terdahulu, Farid ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, pada 11 Januari lalu.