Nur Sajat ikut kata Jakim


Nur Sajat mahu fokus pada perniagaan emas

Usahawan Kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman memberikan reaksi mengenai anggapan orang ramai terhadap pertemuannya dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang berlangsung minggu lalu.

Ada yang berkata, bahawa sebulan itu agak lama.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini enggan memberikan komen panjang lebar kerana katanya kini dia lebih suka berdiam diri dan fokus pada perniagaan.

"Saya tak mahu ulas mengenai reaksi orang ramai mengenai perkara tersebut.


"Biarlah orang nak kata apa. Bagi saya, kalau sebulan kata Jakim, maka sebulanlah saya tunggu. Kalau dua bulan kata Jakim maka dua bulan la. Kalau tiga bulan, maka tiga bulan. Saya ikut sahaja.

"Untuk diri saya sendiri, bagi saya berdiam diri adalah lebih baik daripada banyak berkata-kata," terangnya.




Nur Sajat mahu fokus pada perniagaan emas

Sajat juga akur sebagai orang yang telah matang, dia boleh berfikir sendiri yang mana baik dan mana yang tidak perlu dihebahkan.

"Terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang diri saya. Fokus saya adalah pada perniagaan. Biasalah saya orang berniaga. Kena jumpa dengan ramai orang. Tak mahu lagi cerita mengenai benda-benda lalu.

"Saya sekarang pun dah sibuk dengan perniagaan emas Nur Sajat Gold. Nanti kalau saya buat perasmian, jangan lupa datang ya," katanya yang sentiasa berfikiran positif.

Post a Comment

Previous Post Next Post