Mohd bersama isteri.
Setiap pasangan berkahwin tidak akan dapat lari dengan pertanyaan ‘bila nak ada anak?.
Begitulah situasi yang dihadapi juara program Mentor Musim keempat, Mohd yang sudah dihujani pertanyaan sama meski baru sahaja mendirikan rumah tangga lebih tiga bulan lalu.
Bekas protoge kepada Ziana Zain ini tidak rasa ralat atau tertekan dengan pertanyaan berkenaan. Sebaliknya, dia mengharapkan yang terbaik.
“Soal anak itu adalah kehendak-Nya. Kami tidak merancang cuma itulah, kadang-kadang saya agak risau juga bila isteri ada meluahkan rasa ‘seriau’ dan fobia bila tonton atau baca mengenai sukarnya untuk bersalin menerusi media sosial.
“Jadi, bila hal itu berlaku apa yang boleh saya lakukan sebagai suami adalah cuba pujuk dan berikan motivasi.
“Saya kata, mengandung dan bersalin itu adalah satu hal yang normal di dalam alam rumah tangga dan sebagai pasangan suami isteri, pastinya kita mahukan zuriat,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis sambutan ambang tahun baru 2018 di Restoran D’Empangan Udang Galah, Putrajaya.
Turut sama hadir bagi memeriahkan sambutan tersebut ialah barisan selebriti daripada Yayasan Artis Veteran Malaysia selain rakan artis lain seperti Azharina, Ayu Damit, Isma AF dan ramai lagi.
Bagaimanapun, kongsi Mohd, dia tidak mahu merancang hal melibatkan zuriat.
“Kalau dapat rezeki timang anak cepat, saya terima dan begitu juga sebaliknya. Tapi kalau nak diikutkan, saya mempunyai 10 orang adik-beradik dan isteri pula sembilan beradik. Masing-masing punya adik-beradik ramai. Harapnya kami pun dapatlah zuriat yang ramai juga,” seloroh Mohd.
Dalam perkembangan lain, penyanyi yang kali terakhir muncul dengan single dua tahun lalu menerusi lagu Segalanya ini optimis mahu menjadikan tahun 2018 sebagai satu lembaran baru buat kerjaya seninya.
“Semoga tahun ini memberi lebih banyak peluang. Lagu Segalanya diterima dengan baik peminat dan turut dipilih menjadi runut bunyi untuk drama slot Aksia lalu untuk drama Playboy Itu Suami Aku.
“ Insya-ALLAH Februari depan saya akan muncul dengan sebuah lagi single baru dan pada masa sama, saya juga turut mengembangkan label muzik sendiri iaitu Havana Music.
“Saya tubuhkan syarikat tersebut Oktober lalu dan sekarang kami masih mencari penyanyi baru yang akan berada di bawah Havana Music. Setakat ini, kami sudah kenal pasti beberapa bakat baru yang mungkin akan diserapkan di bawah syarikat berkenaan,” jelasnya lagi.