Masya Masyitah tampil lebih matang


Bekas juara program Ceria Popstars 2014, Masya Masyitah kini muncul single terbaru, Mawar Terbiar hasil ciptaan Hang Nadim dan Laq.

Kali terakhir penyanyi asal Kulim, Kedah ini merakam lagu adalah lebih tiga tahun lalu.

Seiring kematangan usia remajanya, gadis 17 tahun ini tampil lebih matang untuk lagu Mawar Terbiar ini khasnya dari segi vokal dan penceritaan.

“Lagu Mawar Terbiar sejujurnya tiada kaitan dengan pengalaman sendiri. Bagaimanapun, sebagai penyanyi, tentulah saya perlu selami perasaan seorang wanita yang ditinggalkan kekasih dan dibiarkan begitu saja setelah seluruh jiwa raga diserahkan buat kekasih,” katanya jujur.

Berkongsi proses pembikinan lagu berkenaan, penyanyi muda yang fasih berbahasa Mandarin ini mengakui, dia mengambil masa lebih sehari untuk menyiapkan sesi rakaman.


[PROMO]


“Sewaktu proses rakaman, banyak pengalaman ditimba, lebih-lebih lagi apabila berpeluang bekerja dengan mereka yang senior dalam industri seni.

"Akim dan Laq banyak beri tunjuk ajar serta ilmu penghayatan bagi menyuntik emosi dalam nyanyian.

“Harap agar apa yang ingin disampaikan itu diterima baik pendengar,” kongsi Masya yang berterima kasih kepada syarikat naungannya, Rocketfuel Entertainment yang disifatkan cukup ambil berat perkembangan kariernya.

Mawar Terbiar sudah pun boleh didapati menerusi semua aplikasi muzik digital negara ini dan video lirik dan muzik lagu ini juga sudah boleh di tonton di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Post a Comment

Previous Post Next Post