Kajol tak pernah batalkan penggambaran


Pelakon Kajol mendedahkan bahawa dia tidak pernah membatalkan walaupun sekali jadual penggambaran yang ditetapkan kepadanya sepanjang 25 tahun berada dalam industri hiburan.

Ini kerana, aktres berusia 45 tahun itu menyifatkan bahawa tindakan membatalkan penggambaran dalam kalangan artis adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

“Kamu bekerja dalam industri yang mana sekiranya kamu jatuh sakit atau batalkan penggambaran, orang lain terpaksa menanggung kerugian yang banyak. Jadi, tanggungjawab itu berada di tangan anda.

“Dalam tempoh 25 tahun saya berlakon, saya tidak pernah batalkan satu pun jadual penggambaran. Bahkan, saya tidak pernah tertinggal penerbangan,” katanya.



Katanya, walaupun keadaan kesihatan dirinya tidak mengizinkan, dia akan tetap hadir selagi terdaya. Justeru katanya, sebagai pelakon, kesihatan merupakan perkara penting yang perlu dititikberatkan.

“Walaupun saya demam, saya akan hadir ke set,” katanya seperti yang dilapor portal Indian Express.

Post a Comment

Previous Post Next Post