Izara Aishah disangka sombong


Kadang-kadang Diva rasa kasihan dengan nasib sesetengah artis tempatan.

Bukan apa, mereka seringkali menjadi mangsa kritikan sesete­ngah netizen yang berfikiran negatif.

Terbaharu, pelakon jelita Izara Aishah telah dicap sombong gara-gara dirinya tidak melayan panggilan daripada seorang peminat yang mahu bergambar dengannya. Betul ke Izara?

Rupa-rupanya setelah membaca status daripada Izara, barulah Diva faham kenapa Izara tidak mengendahkan panggilan itu.

Izara menerusi akaun Twitternya baru-baru ini memberitahu, se­se­orang telah memanggil saya dengan panggilan Zara Zya. Akibat tidak mengendahkan panggilan itu, wanita itu menganggap saya som­bong kemu­dian saya meli­hat dia meman­dang saya sambil buat muka benci. Okey lah, Zara Zya pun boleh, marilah bergambar,” tulisnya.



Penyudahnya, Diva gelak sampai pecah perut. Bukan salah Izara kerana tidak mengendahkan panggilan tersebut.

Apa pun, Diva puji dengan sikap Izara yang tetap melayan permintaan peminat untuk bergambar.

Post a Comment

Previous Post Next Post