Kenduri kahwin, Abam Bocey jemput satu Malaysia


Abam Bocey dan isterinya, Siti Nurhidayah Mohd Ali, 26, bernikah pada 8 Disember tahun lalu.

Pelawak popular, Abam Bocey mengundang seluruh rakyat Malaysia untuk menghadiri majlis perkahwinannya hari ini.

Undangan tersebut dibuat di laman Instagram (IG) @abam_bocik pada 12 Januari lalu. Untuk rekod, Abam mempunyai 1.6 juta pengikut di IG dan setakat ini lebih 30 ribu orang telah like dan mendapat 900 komen.

Tulis Abam, dia ingin menjemput semua kawan-kawan, saudara mara dan semua rakyat Malaysia untuk hadir ke majlis walimatul urus sebelah lelaki pada 20 Januari 2018, Sabtu bermula jam 12 tengah hari sehingga majlis tamat.



"Minta panjangkan jemputan ini. Semua dialu-alukan kedatangan tak kira bangsa, agama, darjat, dan semuanya," tulis Abam.

Turut disertakan di IG tersebut adalah kad jemputan bersama peta dan alamat majlis itu berlangsung.

Diakhiri dengan hashtag #kitabaikramaisayang #kendurikahwin

Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 29, telah selamat bernikah dengan Siti Nurhidayah Mohd Ali, 26, pada jam 5.35 petang 8 Disember lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post