Ibu Maria Arshad meninggal dunia


Maria Arshad (tengah) bersama Shiera, Ijoy dan cucunya.

Pelakon era 80an, Datin Maria Arshad baru sahaja kehilangan ibu tercinta, Esah Said, 88, yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.15 pagi tadi.

Berita itu telah disampaikan oleh menantu Maria Arshad iaitu pelakon dan pelawak, Sharifah Shahira menerusi perkongsian di laman Instagramnya beberapa jam tadi.

Jenazah akan dikebumikan Tanah Perkuburan Klang Gate, Ulu Klang selepas selesai solat jenazah tengah hari ini.



Post a Comment

Previous Post Next Post