Biar diselami pelbagai kontroversi, pelakon popular, Fattah Amin beranggapan 2017 sebagai tahun bertuahnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, selebriti berusia 27 tahun ini turut melahirkan rasa kesyukurannya.
"So many things happened in 2017 sehinggakan saya tak dapat gambarkan betapa bertuahnya saya untuk tahun 2017!.
"Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana banyak perkara yang telah saya belajar dan juga temui ramai orang-orang yang cukup banyak membantu saya menjadi seorang yang lebih baik bukan sahaja sebagai seorang artis, tapi juga sebagai seorang insan," kongsinya.
Tidak ketinggalan, bintang drama bersiri My Coffee Prince ini juga berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjayanya selama ini.
"First and foremost, saya nak ucapkan terima kasih to all my beloved family, wife and fans yang tak jemu-jemu menyokong saya.
"Berkat dan hasil dari sokongan anda semua, saya telah berjaya memenangi beberapa anugerah utama tahun lepas.
"Dari Anugerah ABPBH, Meletop, Anugerah Buku Negara - semua ini dan banyak lagi tidak akan menjadi kenyataan tanpa anda semua," luahnya.
Bahkan, katanya, perkahwinannya dengan bintang popular, Nur Fazura merupakan perkara yang paling membahagiakan di dalam hidup.
"Paling membahagiakan saya ialah ALLAH telah menemukan saya dengan jodoh dunia akhirat, jodoh yang terbaik untuk saya, @missfazura. We are not perfect, but our love for each other makes up for our imperfection.
"Saya sangat bersyukur kerana ditakdirkan dapat mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang ayu namun berani, seorang wanita yang anggun namun bersahaja, seorang wanita yang lemah lembut namun cekal.
"Saya sangat berterima kasih dan terharu atas semua #doayangbaikbaik banyak pihak sehingga kami dipertemukan," tulisnya.
Justeru, Fattah berharap agar kehadiran tahun baru membawa lebih sinar kebahagiaan di dalam hidupnya.
"Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT di atas peluang untuk melalui tahun baru sekali lagi.
"In these first few days of 2018, saya doakan semoga kita semua agar dikurniakan rezeki, kebahagiaan dunia akhirat dan daya usaha untuk terus lebih maju sepanjang tahun ini.
"Smart people think, Brave people talk, Great people act. Have a fantastic year ahead and may we all stay in the blessing of ALLAH in everything we do!," tulisnya.