Ezzaty Abdullah selamat bedah buang ketulan di payu dara


Pelakon Ezzaty Abdullah yang juga merupakan isteri kepada pelakon Azwan Kombos selamat menjalani pembedahan membuang ketulan di sekitar payu dara petang tadi.

Ezzaty baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung yang kini menjangkau umur 2 bulan.


Ezzaty sebelum dibawa masuk ke bilik bedah

Menurut Azwan, isteri mula mengesan ketulan tersebut dalam beberapa hari lalu.



"Kita adalah bawa berurut tapi tak pecah-pecah juga jadi bila pergi jumpa pakar barulah nampak ada ketulan di sekitar bahagian payu dara.



"Saiznya bila dikeluarkan lebih kurang sebesar bola pingpong," ujar Azwan ketika dihubungi Sinar Harian.

Azwan mengucapkan syukur kerana dapat mengesan awal penyakit tersebut. Mudah-mudahan segalanya baik sahaja.

Post a Comment

Previous Post Next Post