Sissy Imann tertelan benda tajam dalam burger


Penyanyi Sissy Imann berdepan detik cemas apabila dikejarkan ke hospital minggu lalu kerana tercekik benda asing yang terdapat dalam burger yang dimakannya.

Pelantun lagu Keliru ini berkongsi pengalaman yang mengerikan itu di laman Instagramnya selepas selasai mendapatkan rawatan beberapa hari lalu.

Ketika dihubungi, kata Sissy doktor mengesahkan tiada apa yang membahayakan, namun tidak dapat mengesahkan apakah benda asing yang telah membuatkan dia tercekik.

“Sissy tak tahu apa benda yang tersekat pada tekak, yang pasti ia terasa seperti benda tajam yang melintang dan menyebabkan tekak Sissy luka dan berdarah.

“Apabila tiba di hospital, doktor mengesahkan benda tersebut telah turun ke perut. Walaupun dimasukkan kamera, namun tidak dapat dipastikan apa bendanya kecuali kesan luka.




Penyanyi Sissy Imann akan buat rawatan susulan

“Apa pun syukur alhamdulillah, ia cuma luka dan tidak memberikan kesan yang lebih buruk pada Sissy,” jelasnya.



Biarpun begitu, pada minggu ini Sissy sekali lagi akan membuat pemeriksaan untuk memastikan insiden tersebut tidak memberikan apa-apa kesan negatif kepada kesihatan dirinya selepas ini.

“Sekarang tekak masih rasa sakit macam bengkak, mungkin kerana kesan luka itu. Apa pun Sissy lega bila doktor cakap tak ada apa-apa dan tak kacau vokal chord,” terangnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post