Dituduh mahu bunuh Roslan Shah, Ifa Raziah buat laporan polis


Penyanyi, Ifa Raziah membuat laporan polis bagi membela nasibnya setelah pengacara kelahiran Singapura, Roslan Shah mendakwa dia telah mengupah seorang pembunuh upahan untuk membunuhnya.

Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 43, berkata, tuduhan yang dikeluarkan oleh Roslan dianggap sangat melampau kerana ia dilihat sebagai mencemarkan nama baik serta menjejaskan kerjayanya sebagai seorang anak seni.

“Tergamak dia (Roslan) membuat laporan polis palsu dan menuduh saya mengupah seorang pembunuh untuk membunuhnya.



“Apa yang dia mahukan daripada saya? Adakah dia cuba untuk menutup periuk nasi saya dengan melakukan pertuduhan sebegini?” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daera (IPD) Sentul, di sini sebentar tadi.

Ifa ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini setelah menerima panggilan daripada pihak berkuasa yang memintanya untuk datang selepas Roslan Shah membuat laporan polis di Johor dan menuduhnya mengupah seorang pembunuh.

Post a Comment

Previous Post Next Post