Dari kiri Pengarah urusan Aries Muzik, Dextar Koh, Aiman Tino dan Zulkifli Bujang.
Penyanyi Aiman Tino, 20, menerima sijil Malaysia Book Of Records (MBOR) atas kejayaan klip video single pertamanya Ku Rela Dibenci yang menerima 41.3 juta tontonan di laman perkongsian video YouTube sebentar tadi.
Sijil tersebut diserahkan oleh Setiausaha Akhbar, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Zulkifli Bujang dalam sebuah majlis yang berlangsung di sebuah hotel di sini.
Dalam pada itu turut diadakan majlis pelancaran single kedua penyanyi yang juga kakak Aiman, Fara Hazel berjudul Terasa Cinta.
Aiman turut berduet dalam lagu Terasa Cinta yang merupakan ciptaan ibu bapa mereka Yusri Yahya dan Riena.