Zulin Aziz Berdebar tunggu enam bulan lagi


Masalah cirit-birit yang dialami pengacara Zulin Aziz sejak semalam, rupa-rupanya ketumbuhan cyst selepas menjalani pemeriksaan di pusat perubatan.

Zulin berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan doktor terdapat ketumbuhan berukuran 7 sentimeter dalam perut bahagian kanan.

Katanya, dia mengalami cirit birit sejak semalam dan dimasukkan ke wad.

“Saya ingatkan sakit perut biasa sebab mengalami cirit birit. Apabila pergi hospital untuk buat pemeriksaan, tidak sangka doktor memberitahu ada penyakit lain.

“Saya difahamkan cyst berkenaan berukuran 7 sentimeter. Buat masa sekarang, doktor memberi tempoh enam bulan sama ada cyst itu membesar atau tidak.


“Sekiranya membesar, saya perlu menjalani pembedahan. Apa pun, saya kena tunggu laporan selanjutnya,” katanya.

Kata Zulin, dia dinasihatkan menjaga pemakanan bagi mengelakkan cyst itu membesar.

Post a Comment

Previous Post Next Post