Syura Badron rancang buat comeback!


Jika diselak kembali, Syura Badron bukan sahaja menyertai pertandingan realiti Gegar Vaganza 4 (GV4), namun penyanyi berusia 31 tahun ini pernah cuba nasib dalam program realiti Indonesia, D’Academy Asia, tahun lalu.

“Saya masuk pertandingan seperti itu hanya untuk timba pengalaman. Sedari awal menyanyi, saya tak pernah ikuti kelas vokal dan cikgu saya bersandarkan radio. Memang bakat menyanyi itu anugerah Tuhan, tapi tak salah kalau kita asah lagi .

“Saya berkesempatan belajar vokal hanya di GV4 dan tidak di D’Academy Asia,” katanya.


Menjadikan kedua-dua program itu sebagai platform, pelantun lagu Nazam Berkasih ini menyimpan hasrat membuat kemunculan semula.

“Kalau ditanya, saya sentiasa inginkan peluang menyanyi lagi.

“Tapi, perlu difikirkan dengan lebih teliti terutama konsep dan pengurusan,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post