Fattah Amin Tanya Dia


Pelakon popular Fattah Amin terus bermain teka-teki berhubung isu umrah dan pertunangan dengan Fazura yang heboh diperkatakan netizen.

Menurut Fattah, pada 15 november ini dia dan keluarganya akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah.

“Saya memang akan menunaikan umrah bersama keluarga tetapi dakwaan saya pergi bersama Fazura itu kena tanya dia sendiri.

“Saya menyerahkan urusan umrah kepada pengurus untuk menguruskannya,”katanya.

Fattah ditemui pada majlis sesi bertemu peminat di AJ De’Parfum yang berlangsung di Taman Subang Impian di sini, petang tadi.

Terdahulu, netizen mendakwa pasangan itu akan mengikat tali pertunangan pada Fattah dan Fazura akan mengikat tali pertunangan pada 13 November ini.

Namun, Fattah enggan mengesahkan soal umrah mahupun mengenai tarikh pertunangannya dengan Fazura.

“Saya minta semua pihak terus mendoakan yang baik-baik sahaja.

“Jika perkara itu terjadi (jodoh), saya tidak akan sorok daripada media dan peminat,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post